Gaza: 5 Januari
Untuk hari kedua kami terpaksa menangguhkan rancangan untuk mengedarkan
makanan. Setiap jam keadaan menjadi semakin teruk, membuat kerja-kerja
pengedaran makanan ke jalan-jalan menjadi sukar.
Rumah tanpa air dan bekalan elektrik. Penduduk Gaza hanya menerima bekalan
air seminggu sekali selama enam bulan yang lepas. Bila bekalan elektrik
terputus, air bawah tanah tidak dapat dipam keluar.
Ini sangat merbahaya. Tanpa air keadaan menjadi bertambah bahaya, masalah
kesihatan dan isu penyakit merebak.
Gaza (lokasi) sekarang berpecah-pecah kerana kehadiran askar Israel dan
menjadi sukar untuk pergi ke bahagian tengah (gaza)
Rakan saya yang sedang berkhidmat untuk anak yatim ditengah Gaza, sekarang
ia menjadi sukar untuk ke situ.
Tanpa dapat bergerak dengan selamat telah memberi kesan yang buruk kepada
usaha bantuan. Baru hari ini saya dapat berada di tempat dimana orang
berbaris untuk mendapatkan roti dan bercakap dengan mereka. Letupan bom
dapat didengar dimana-mana.
Saya berjumpa dengan seorang perempuan yang telah berbaris dari jam 730
pagi hingga 1030 pagi . Tetapi ada yang lain telah berbaris (untuk
mendapatkan roti) sampai 10 jam- disebabkan kekurangan roti. Seorang
lelaki saya jumpa, mengatakan kepada saya bahawa dia bertukar-tukar
berbaris dengan adik lelakinya supaya tidak terlepas giliran.
Yang lain saya jumpa hanya mampu menangis bila saya mula hendak bercakap
dengannya- ianya seperti tidak ada perkataan tinggal untuk diucapkan.
Kadang-kadang saya seperti bercakap perkara yang sama berulang-ulang,
tetapi sememangnya keadaan kemanusiaan sesungguhnya mengecewakan. Rakan
saya dari UN mengatakan (keadaan ini) adalah sebuah krisis kemanusiaan
(yang buruk).
Setiap hari di Gaza rasanya seperti tidak akan menjadi lebih teruk
lagi-tetapi itu yang terus berlaku. Orang di sini tidak tahu apa hendak
dilakukan atau diharapkan.
Saya mengajak anda untuk membayangkan bagaimana perasaan anda bila
berada didalam keadaan dimana anda dan orang yang tersayang (hidup) dalam
keadaan makanan yang sikit, air yang sikit dan tanpa bekalan elektrik. Dan
sepanjang masa bunyi letupan bom, missiles dan kereta kebal-boleh didengar
dimana-mana.
10 hari yang panjang (siang dan malam) penduduk Gaza tinggal dalam
ketakutan-kami begitu penat dan setiap hari yang datang membawa
bersamanya lebih banyak keganasan dan kepayahan.
Diterjemahkan dari BBC NEWS
Megat Shariffudin Ibrahim 9/1/2009
Palestinian Centre of Excellent (PACE)
DARI IPOH UNTUK GAZA
dipetik dari :

No comments:
Post a Comment